Sunday 1 April 2012

TANDA-TANDA ORANG YANG TERKENA SIHIR, KERASUKAN DAN PENYAKIT 'AIN

Antara orang yang terkena sihir, kerasukan dan penyakit 'ain mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat pada si pesakit. Tanda-tanda hampir serupa sehingga sukar untuk dibezakan sama ada orang itu terkena sihir, kerasukan atau penyakit 'ain. Bagi mengenal pasti seseorang itu terkena sihir, kerasukan atau penyakit 'ain tidak semestinya kesemua tanda ini wujud di dalam dirinya. Sungguhpun begitu, perlu diingatkan bahawa ada setengah gejala yang sama sekali tidak ada kaitan dengan sihir, kerasukan dan penyakit 'ain, sebaliknya ia disebabkan oleh gangguan pada anggota tubuh atau sakit yang berkaitan dengan kejiwaan. Oleh yang demikian, keadaan seumpama ini hendaklah di ambil kira. Di sini saya akan menyebutkan sebilangan gejala sihir, kerasukan dan penyakit 'ain yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian.


Pertama, gejala yang menimpa pesakit sebelum dilakukan ruqyah, di antaranya adalah seperti berikut:-
  1. Perubahan mengejut daripada mencintai sesuatu kepada membencinya atau sebaliknya.
  2. Banyaknya jenis penyakit yang dikesan tanpa wujud sebab-sebab yang boleh disahkan oleh doktor.
  3. Merasa sesak di dalam  dada terlebih-lebih lagi setelah mengerjakan solat asar dan solat maghrib.
  4. Enggan bekerja atau cenderung menjauhi pergaulan masyarakat atau malas belajar disertai kecenderungan untuk mengasingkan diri.
  5. Pesakit sering merasa telah melakukan sesuatu padahal dia tidak pernah melakukanya.
  6. Wajah menjadi pucat atau kekuningan, atau muncul kesan lebam pada tubuh yang cenderung berwarna biru atau coklat tanpa diketahui puncanya.
  7. Kerap mengalami pening kepala atau demam panas mengejut.
  8. Kerap menimbulkan pergaduhan di antara suami isteri dan hubungan bermesra di antara keduanya sukar diwujudkan. Demikian pula kerap bergaduh dengan sesama antara keluarga meskipun lantaran sebab-sebab remeh temeh.
  9. Kerap berkhayal yang bukan-bukan ketika sedang berjaga.
  10. Malas dan tidak bersemangat, merasa letih yang berterusan dan tidak ada selera makan.
  11. Kerap mendengar dengungan pada kedua-dua telinga atau salah satu dari keduanya.
  12. Sentiasa merasa kehilangan keseimbangan ketika berjalan.
  13. Rasa sakit di kawasan sekitar rahim bagi perempuan atau terjadi pendarahan terlebih-lebih lagi ketika sedang haid atau salah satu dari keduanya.
  14. Panas baran yang tidak tentu pasal meskipun disebabkan oleh perkara remeh temeh sekali pun.
  15. Suka tidur dan sukar bangun ketika dikejutkan.
  16. Mendengar suara yang memanggil namanya namun dia tidak melihat orang yang memanggil namanya itu.
  17. Rasa sakit yang berterusan pada bahagian bawah atau bahagian tulang belakang dan rasa sakit di antara kedua bahu.
  18. Kulit sensetif yang disertai dengan gatal atau muncul bintik-bintik pada bahagian anggota tubuh.
  19. Cirit-birit, kerap kentut, perut mual, perut kembung, dan sukar buang air besar.
  20. Kemampuan melihat dengan pandangan mata semakin lemah dan kerap mengalami rabun penglihatan secara mengejut.
  21. Bersedih, berduka cita, suka merenung bersendirian, cemas, kalut, kerap terkejut dan perasaan takut yang berlebihan.
  22. Mengalami was-was dahsyat di luar kawalan dirinya.
  23. Fikiran bercelaru dan kerap lupa.
  24. Enggan berzikir kepada Allah dan malah untuk berbuat amal ibadah.
  25. Tercium bau peluh yang tidak seperti biasanya, tercium bau busuk atau bau aneh yang kerap tercium oleh pesakit, meskipun itu kadang kala tidak tercium oleh orang lain yang berada disisinya, di samping kerap mengeluarkan keringat sejuk dan sering kali hendaklah membuang air kecil.
  26. Kekuatan berjimak seorang suami mula melemah atau isteri kehilangan ghairah untuk berjimak.
  27. Kerap bermimpi melihat perkara-perkara yang mengerikan, seperti bermimpi melihat haiwan-haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, anjing, kucing dan lain-lain, atau haiwan yang tidak berbisa seperti unta atau melihat perkuburan, tempat sampah, jatuh secara mengejut dari tempat yang tinggi, tenggelam ke dalam air dan mimpi-mimpi lain yang mengerikan.
  28. Kerap mengigau ketika sedang tidur, sering melagakan gigi, sentiasda mengeluh dan merintih ketika tidur.
  29. Sentiasa ditindih oleh objek berat ketika sedang tidur.
  30. Kerap bangun berjalan meskipun dalam keadaan tidur atau bercakap yang bukan-bukan ketika sedang tidur.
Kedua, gejala-gejala yang kadang kala di alami oleh pesakit ketika sedang diruqyah, diantaranya adalah seperti berikut :
  1. Pengsan atau berpeluh dingin.
  2. Sesak nafas.
  3. Kelopak mata bergerak-gerak dengan cepat di luar kesedarannya.
  4. Memekik dengan suara kuat.
  5. Perut membunut atau perut menjadi kembung.
  6. Suara mengalami perubahan atau keluar suaa aneh yang tidak seperti biasanya.
  7. Urat leher tiba-tiba membengkak.
  8. Mengantuk yang teramat sangat atau tidur secara tiba-tiba.
  9. Tertawa atau menangis tanpa ada sebab-sebab tertentu.
  10. Merasa pening, kepala terasa sakit, hendak muntah atau mengeluarkan objek-objek tidak seperti biasanya sama ada dari segi bentuk mahupun warnanya.
  11. Rasa pening yang teramat sangat.
  12. Merasa berat pada bahagian anggota badan, merasa lenguh, suhu badan yang secara tiba-tiba panas atau menjadi sejuk.
  13. Merasa bahawa ada sesuatu yang menarik salah satu anggota tubuhnya.
  14. Merasa sakit hampir seluruh tubuh.
  15. Anggota tubuh bergerak dan bergetar di luar kawalan.
  16. Banyak mengeluarkan kahak.
  17. Penglihatan mata tiba-tiba berubah menjadi rabun.
  18. Bercakap tanpa dia sedari.
  19. Banyak mengeluarkan peluh terlebih-lebih lagi di kawasan tulang belakang.
  20. Air mata kerap berjatuhan atau hingus mengalir yang tidak seperti biasanya seperti selsema dan lain-lain.
  21. Kerap menguap atau tidak selesa duduk di suatu tempat.
  22. Gatal-gatal, muncul bintik-bintik di tubuh atau warna kulit menjadi kemerahan.
  23. Merasa berat ketika membaca atau tidak ada minat untuk meneruskan bacaan ruqyah.
  24. Menggigil secara mengejut dan boleh dirasakan hampir di seluruh tubuh.
  25. Kerap tidak sedarkan diri atau suara pernafasan terdengar kuat tidak seperti biasanya.
  26. Wajah beruah menjadi hitam, namun ketika sebaik bacaan ruqyah selesai, wajahnya kembali bersinar.
  27. Tercium ba yang teramat busuk yang keluar dari dalam perut menerusi mulut.
  28. Denyutan jantung yang begitu cepat disertai getaran pada dada yang tidak menentu.
  29. Kerap memejamkan mata atau mata malah sukar untuk dipejamkan.
  30. Lidah terasa pahit ketika meminum air yang dibacakan padanya ayat-ayat suci al-Quran semasa ruqyah dibuat.

No comments:

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA
Air Terapi Al-Quran (Khusus untuk penyakit jasmani & rohani), Air zamzam (penawar segala penyakit),Sabun Bidara plus Mambo (untuk penyakit luaran & gatal-gatal serta sihir), Mahkota Dewa (khusus untuk darah tinggi, kencing manis, ghout dll).

TESTIMONI

" Badan saya selalu sakit dan lemah, untuk membuat kerja habis sakit keseluruhan anggota badan. Tidur saya tidak puas kerana sering terganggu mimpi yang buruk. Saya telah berubat banyak tempat tapi keadaan saya tetap macam tu jugak. Satu hari kawan saya memperkenalkan saya dengan Ustaz Roslan. Sudah 10 tahun saya menderita sakit. Dengan izin Allah saya bertemu dengan Ustaz Roslan dan berikhtiar untuk berubat dengannya, Alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa 7 hari penderitaan sakit yang saya hadapi bersangkutan dengan saka telah hilang. Dengan usaha Ustaz Roslan telah membuang saka yang ada pada saya itu, alhamdulillah kesakitan yang tanggung itu telah hilang... syukur alhamdulillah ".

Pn. Sama'iah binti Bain 73 thn, dari Batu 2 1/2 Bukit Merah Perak.

" Saya menderita sakit sudah 2 tahun, badan dari besar sampai kurus, badan menggeletar, makan tak lalu, tidur susah sangat pada waktu malam, badan sentiasa panas. Hanya Allah saja yang tahu penderitaan saya. Pergi jumpa dengan doktor dan doktor mengatakan yang saya ni sihat dan tidak sakit apa-apa. Akhirnya saya mencari rawatan tradisional, dan saya mendapat tahu tentang Ustaz Roslan. Apa yang dilihat oleh Ustaz Roslan menyatakan yang saya terkena santau angin. Dengan izin Allah saya berusaha untuk berikhtiar dengan Ustaz Roslan untuk membuang santau tersebut. Saya amat terkejut bila melihat muntah saya itu mengandungi bahan-bahan yang beracun seperti serpihan kaca halus dan banyak lagi bahan-bahan lain. Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang sudah hampir 6 bulan saya tidak lagi sakit dan badan bertambah sihat. Terima kasih Ustaz Roslan dengan izin Allah dan bantuan usaha Ustaz Roslan saya sudah beransur pulih.. Alhamdulillah.

Muhammad Nasrullah bin Saarian 20 thn, dari Kamunting Perak.