Wednesday 23 March 2011

TANDA-TANDA PENYAKIT MISTERI

  1. Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti bekerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya.
  2. Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al-Quran yang selalu dibaca di dalam doa yang dihafal dan was-was.
  3. Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
  4. Mimpi buruk seperti mimpi ngeri jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
  5. Kerap bermimpi haiwan seperti tikus, anjing hitam, kucing hitam, ular, kala jengking atau binatang berbisa.
  6. Berdebar-debar terutama menjelang malam.
  7. Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
  8. Hilang selera makan dan hilang berat badan.
  9. Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
  10. Kerap migrain, pening kepala, selsema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat diatasi dengan rawatan doktor.
  11. Letih luar biasa.
  12. Daya tumpuan merosot.
  13. Rasa sakit tetapi disahkan sihat oleh doktor.
  14. Kesan lebam ditubuh seperti di peha, betis atau lengan.
  15. Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
  16. Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
  17. Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
  18. Terasa sesuatu bergerak-gerak di dalam badan.
  19. Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
  20. Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
  21. Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
  22. Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa di dalam rumah.
  23. Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking, atau ular di dalam rumah.
  24. Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah, kadangkala sakit kepala atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
  25. Haiwan perliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
  26. Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau terserempak sesuatu.
  27. Sering mengantuk tidak kira masa.
Dari Abu Tha'labah berkata Rasulullah saw bersabda:
" Jin itu mempunyai tiga jenis: satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular dan anjing, dan satu jenis lagi berpindah randah." Hadis Riwayat Muslim.

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA
Air Terapi Al-Quran (Khusus untuk penyakit jasmani & rohani), Air zamzam (penawar segala penyakit),Sabun Bidara plus Mambo (untuk penyakit luaran & gatal-gatal serta sihir), Mahkota Dewa (khusus untuk darah tinggi, kencing manis, ghout dll).

TESTIMONI

" Badan saya selalu sakit dan lemah, untuk membuat kerja habis sakit keseluruhan anggota badan. Tidur saya tidak puas kerana sering terganggu mimpi yang buruk. Saya telah berubat banyak tempat tapi keadaan saya tetap macam tu jugak. Satu hari kawan saya memperkenalkan saya dengan Ustaz Roslan. Sudah 10 tahun saya menderita sakit. Dengan izin Allah saya bertemu dengan Ustaz Roslan dan berikhtiar untuk berubat dengannya, Alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa 7 hari penderitaan sakit yang saya hadapi bersangkutan dengan saka telah hilang. Dengan usaha Ustaz Roslan telah membuang saka yang ada pada saya itu, alhamdulillah kesakitan yang tanggung itu telah hilang... syukur alhamdulillah ".

Pn. Sama'iah binti Bain 73 thn, dari Batu 2 1/2 Bukit Merah Perak.

" Saya menderita sakit sudah 2 tahun, badan dari besar sampai kurus, badan menggeletar, makan tak lalu, tidur susah sangat pada waktu malam, badan sentiasa panas. Hanya Allah saja yang tahu penderitaan saya. Pergi jumpa dengan doktor dan doktor mengatakan yang saya ni sihat dan tidak sakit apa-apa. Akhirnya saya mencari rawatan tradisional, dan saya mendapat tahu tentang Ustaz Roslan. Apa yang dilihat oleh Ustaz Roslan menyatakan yang saya terkena santau angin. Dengan izin Allah saya berusaha untuk berikhtiar dengan Ustaz Roslan untuk membuang santau tersebut. Saya amat terkejut bila melihat muntah saya itu mengandungi bahan-bahan yang beracun seperti serpihan kaca halus dan banyak lagi bahan-bahan lain. Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang sudah hampir 6 bulan saya tidak lagi sakit dan badan bertambah sihat. Terima kasih Ustaz Roslan dengan izin Allah dan bantuan usaha Ustaz Roslan saya sudah beransur pulih.. Alhamdulillah.

Muhammad Nasrullah bin Saarian 20 thn, dari Kamunting Perak.