Tuesday 26 March 2013

     Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, InsyaAllah akan sembuh segala derita sakit sama ada JASMANI @ ROHANI. Allah swt menurunkan penyakit dan disamping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulanglah kepada mereka untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.
    Kaedah rawatan adalah menggunakan ayat-ayat Al-Quran ( Terapi & Ruqyah) untuk menangkis dan membenteras makhluk-makhluk halus, kaum-kaum jin, saka-saka, sihir-sihir, santau, ilmu hitam, penyakit jasmani dan rohani. Kepada mereka yang di luar sana, sekiranya anda dan keluarga terkena gangguan-gangguan makhluk halus dan penyakit misteri serta sihir, jangan dibiarkan perkara seperti ini membelenggu kehidupan anda seharian. Oleh itu "BERUSAHA & BERIKHTIAR" adalah jalan yang terbaik untuk penyelesaian.

RAWATAN YANG DISEDIAKAN

1
Memindahkan makhluk halus dari golongan jin yang mengganggu diri pesakit dan kediaman pesakit.
2
Membuang gangguan saka keturunan yang mengganggu diri pesakit dengan izin keluarga.
3
Mengusir kesurupan (kerasukan & histeria) makhluk halus pada diri pesakit.
4
Terkena santau, sihir serta ilmu hitam.
5
Penyakit misteri dan penyakit kronik yang tidak tahu puncanya.
6
Kehilangan barang atau orang yang masih awal.
7
Untuk scan (mengesan) penyakit dan makhluk halus dan hal-hal lain.
8
Mandian limau dan bunga untuk membersihkan diri dari segala gangguan.
9
Masalah dalaman keluarga iaitu suami isteri dan hal anak-anak.
10
Masalah ditempat kerja dan tempat perniagaan.
11
Memagar ghaib 4 penjuru rumah dan memagar diri dari sebarang gangguan halus dan manusia.
12
Membuat rawatan dari jarak jauh melihat pada kes pesakit.
13
Masalah penyakit-penyakit jasmani dan lain-lain.
14
Kami juga memberi rawatan ke rumah pesakit sekiranya pesakit tidak dapat datang ke premis kami.

Monday 25 March 2013

AKTIVITI RAWATAN
 Rawatan diatas Gunung Jerai


Membuat pagar ghaib

Penampakan mahluk halus didalam balang


Sunday 1 April 2012

TANDA-TANDA ORANG YANG TERKENA SIHIR, KERASUKAN DAN PENYAKIT 'AIN

Antara orang yang terkena sihir, kerasukan dan penyakit 'ain mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat pada si pesakit. Tanda-tanda hampir serupa sehingga sukar untuk dibezakan sama ada orang itu terkena sihir, kerasukan atau penyakit 'ain. Bagi mengenal pasti seseorang itu terkena sihir, kerasukan atau penyakit 'ain tidak semestinya kesemua tanda ini wujud di dalam dirinya. Sungguhpun begitu, perlu diingatkan bahawa ada setengah gejala yang sama sekali tidak ada kaitan dengan sihir, kerasukan dan penyakit 'ain, sebaliknya ia disebabkan oleh gangguan pada anggota tubuh atau sakit yang berkaitan dengan kejiwaan. Oleh yang demikian, keadaan seumpama ini hendaklah di ambil kira. Di sini saya akan menyebutkan sebilangan gejala sihir, kerasukan dan penyakit 'ain yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian.


Pertama, gejala yang menimpa pesakit sebelum dilakukan ruqyah, di antaranya adalah seperti berikut:-
  1. Perubahan mengejut daripada mencintai sesuatu kepada membencinya atau sebaliknya.
  2. Banyaknya jenis penyakit yang dikesan tanpa wujud sebab-sebab yang boleh disahkan oleh doktor.
  3. Merasa sesak di dalam  dada terlebih-lebih lagi setelah mengerjakan solat asar dan solat maghrib.
  4. Enggan bekerja atau cenderung menjauhi pergaulan masyarakat atau malas belajar disertai kecenderungan untuk mengasingkan diri.
  5. Pesakit sering merasa telah melakukan sesuatu padahal dia tidak pernah melakukanya.
  6. Wajah menjadi pucat atau kekuningan, atau muncul kesan lebam pada tubuh yang cenderung berwarna biru atau coklat tanpa diketahui puncanya.
  7. Kerap mengalami pening kepala atau demam panas mengejut.
  8. Kerap menimbulkan pergaduhan di antara suami isteri dan hubungan bermesra di antara keduanya sukar diwujudkan. Demikian pula kerap bergaduh dengan sesama antara keluarga meskipun lantaran sebab-sebab remeh temeh.
  9. Kerap berkhayal yang bukan-bukan ketika sedang berjaga.
  10. Malas dan tidak bersemangat, merasa letih yang berterusan dan tidak ada selera makan.
  11. Kerap mendengar dengungan pada kedua-dua telinga atau salah satu dari keduanya.
  12. Sentiasa merasa kehilangan keseimbangan ketika berjalan.
  13. Rasa sakit di kawasan sekitar rahim bagi perempuan atau terjadi pendarahan terlebih-lebih lagi ketika sedang haid atau salah satu dari keduanya.
  14. Panas baran yang tidak tentu pasal meskipun disebabkan oleh perkara remeh temeh sekali pun.
  15. Suka tidur dan sukar bangun ketika dikejutkan.
  16. Mendengar suara yang memanggil namanya namun dia tidak melihat orang yang memanggil namanya itu.
  17. Rasa sakit yang berterusan pada bahagian bawah atau bahagian tulang belakang dan rasa sakit di antara kedua bahu.
  18. Kulit sensetif yang disertai dengan gatal atau muncul bintik-bintik pada bahagian anggota tubuh.
  19. Cirit-birit, kerap kentut, perut mual, perut kembung, dan sukar buang air besar.
  20. Kemampuan melihat dengan pandangan mata semakin lemah dan kerap mengalami rabun penglihatan secara mengejut.
  21. Bersedih, berduka cita, suka merenung bersendirian, cemas, kalut, kerap terkejut dan perasaan takut yang berlebihan.
  22. Mengalami was-was dahsyat di luar kawalan dirinya.
  23. Fikiran bercelaru dan kerap lupa.
  24. Enggan berzikir kepada Allah dan malah untuk berbuat amal ibadah.
  25. Tercium bau peluh yang tidak seperti biasanya, tercium bau busuk atau bau aneh yang kerap tercium oleh pesakit, meskipun itu kadang kala tidak tercium oleh orang lain yang berada disisinya, di samping kerap mengeluarkan keringat sejuk dan sering kali hendaklah membuang air kecil.
  26. Kekuatan berjimak seorang suami mula melemah atau isteri kehilangan ghairah untuk berjimak.
  27. Kerap bermimpi melihat perkara-perkara yang mengerikan, seperti bermimpi melihat haiwan-haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, anjing, kucing dan lain-lain, atau haiwan yang tidak berbisa seperti unta atau melihat perkuburan, tempat sampah, jatuh secara mengejut dari tempat yang tinggi, tenggelam ke dalam air dan mimpi-mimpi lain yang mengerikan.
  28. Kerap mengigau ketika sedang tidur, sering melagakan gigi, sentiasda mengeluh dan merintih ketika tidur.
  29. Sentiasa ditindih oleh objek berat ketika sedang tidur.
  30. Kerap bangun berjalan meskipun dalam keadaan tidur atau bercakap yang bukan-bukan ketika sedang tidur.
Kedua, gejala-gejala yang kadang kala di alami oleh pesakit ketika sedang diruqyah, diantaranya adalah seperti berikut :
  1. Pengsan atau berpeluh dingin.
  2. Sesak nafas.
  3. Kelopak mata bergerak-gerak dengan cepat di luar kesedarannya.
  4. Memekik dengan suara kuat.
  5. Perut membunut atau perut menjadi kembung.
  6. Suara mengalami perubahan atau keluar suaa aneh yang tidak seperti biasanya.
  7. Urat leher tiba-tiba membengkak.
  8. Mengantuk yang teramat sangat atau tidur secara tiba-tiba.
  9. Tertawa atau menangis tanpa ada sebab-sebab tertentu.
  10. Merasa pening, kepala terasa sakit, hendak muntah atau mengeluarkan objek-objek tidak seperti biasanya sama ada dari segi bentuk mahupun warnanya.
  11. Rasa pening yang teramat sangat.
  12. Merasa berat pada bahagian anggota badan, merasa lenguh, suhu badan yang secara tiba-tiba panas atau menjadi sejuk.
  13. Merasa bahawa ada sesuatu yang menarik salah satu anggota tubuhnya.
  14. Merasa sakit hampir seluruh tubuh.
  15. Anggota tubuh bergerak dan bergetar di luar kawalan.
  16. Banyak mengeluarkan kahak.
  17. Penglihatan mata tiba-tiba berubah menjadi rabun.
  18. Bercakap tanpa dia sedari.
  19. Banyak mengeluarkan peluh terlebih-lebih lagi di kawasan tulang belakang.
  20. Air mata kerap berjatuhan atau hingus mengalir yang tidak seperti biasanya seperti selsema dan lain-lain.
  21. Kerap menguap atau tidak selesa duduk di suatu tempat.
  22. Gatal-gatal, muncul bintik-bintik di tubuh atau warna kulit menjadi kemerahan.
  23. Merasa berat ketika membaca atau tidak ada minat untuk meneruskan bacaan ruqyah.
  24. Menggigil secara mengejut dan boleh dirasakan hampir di seluruh tubuh.
  25. Kerap tidak sedarkan diri atau suara pernafasan terdengar kuat tidak seperti biasanya.
  26. Wajah beruah menjadi hitam, namun ketika sebaik bacaan ruqyah selesai, wajahnya kembali bersinar.
  27. Tercium ba yang teramat busuk yang keluar dari dalam perut menerusi mulut.
  28. Denyutan jantung yang begitu cepat disertai getaran pada dada yang tidak menentu.
  29. Kerap memejamkan mata atau mata malah sukar untuk dipejamkan.
  30. Lidah terasa pahit ketika meminum air yang dibacakan padanya ayat-ayat suci al-Quran semasa ruqyah dibuat.

Sunday 10 April 2011

Pengalaman yang amat sukar dilupakan ketika membuang saka

Di sini ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua tentang pengalaman saya membuang saka.
Kejadian ini berlaku pada tahun 2005 di sebuah kampung. Kebetulan pada waktu itu saya berada di kampung tersebut kerana ada satu urusan. Secara tidak langsung saya menziarahi kawan saya di sana, pada waktu itu ada satu keluarga yang berhampiran dengan rumah kawan saya menghadapi satu masalah.
Masalah mereka ialah ibu mereka sakit terlantar sudah dua minggu, kalau dilihat dari bentuk fizikal hanya tinggal kulit dan tulang sahaja tetapi bila makan cukup kuat. Dia hanya mahukan nasi dengan seekor ayam panggang setiap kali waktu makan. Bila tidak diberi pasti dia akan meraung dan menjerit-jerit.
Maka kawan saya memberitahu kepada saya apa yang terjadi. Apabila keluarga sipesakit tahu saya ada di situ maka mereka meminta agar saya cuba tolong ikhtiarkan. InsyaAllah saya akan mencuba.
Apabila saya melihat keadaan ibu yang sakit itu.....masyaAllah saya terkejut besar, memang benar apa yang diceritakan oleh kawan saya pada saya. Betul-betul hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Bila si ibu yang terlantar itu melihat saya, dia terus marah-marah dan menyuruh anaknya menghalau saya dari situ.
Dengan izin Allah saya cuba berikhtiar dan berusaha memohon kepada Allah agar diberikan kemudahan kepada saya untuk merawat ibu yang sakit itu. Alangkah terkejutnya saya dan keluarga serta orang-orang yang ada di situ melihat keadaan ibu yang sakit itu. Setelah saya membaca ayat-ayat al-Quran ibu itu mengelupur serta menjerit-jerit selama beberapa minit dan dengan kehendak Allah swt ibu itu telah menghembuskan nafasnya terakhir... tetapi alangkah terkejutnya kami semua bila jenazah si ibu tadi tiba-tiba berbau busuk dan berulat.
Bila saya mengamatinya ternyata ibu ini sudah meninggal lebih seminggu. Rupa-rupanya jasad si ibu tadi telah didiami oleh saka (makhluk halus). Maka jenazah ibu itu telah selamat disempurnakan oleh penduduk kampung di situ dengan sempurna.
Inilah pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Dari peristiwa itu saya ingin berpesan kepada para pembaca semua, sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai saka, maka jangan dibiarkan saka mengawal perjalanan hidup kita.
Berusahalah untuk membuangnya. Saya terpaksa merahsiakan dimana kampung yang maksudkan tadi. Cuma kita boleh jadikan pengalaman saya ini dapat memberi satu pengajaran kepada kita semua. Banyak lagi pengalaman - pengalaman saya yang akan saya ceritakan lagi. INSYAALLAH.

Thursday 24 March 2011

SANTAU DAN RACUN

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.


Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya mangsa racun akan menderita serta merta seperti berlakunya muntah darah.


Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensetif kepada limau nipis dan nenas.


JENIS-JENIS SANTAU
 Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:
  1. Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan, jenis ini agak mudah dirawat.
  2. Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan, ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawati kerana melibatkan peranan jin.
TANDA-TANDA TERKENA SANTAU
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau.
  1. Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  2. Isthihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat jumaat.
  4. Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib.
  5. Lenguh seluruh anggota badan.
  6. Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
  7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  9. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukan kanak-kanak tersebut.
  10. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  11. Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
  12. Mimpi paderi kristian, sami budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan islam.
KESAN-KESAN SANTAU
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut.
  1. Boleh membawa maut.
  2. Hilang daya ingatan.
  3. Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  4. Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  5. Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
  6. Badan menjadi licin disebabkan seluruh bulu di badan telah gugur.
  7. Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  8. Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  9. Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

TANDA-TANDA DIGANGGU MAKHLUK HALUS

TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR
  1. Sangat susah untuk tidur pada waktu malam, sekalipun dapat tidur ia mengambil masa yang lama.
  2. Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam.
  3. Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak didengar orang lain.
  4. Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjing, unta, singa, serigala, dan tikus.
  6. Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
  7. Perasaan sedih ketika tidur.
  8. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  9. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  10. Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  11. Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
  12. Mimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR
  1. Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung,gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa perkara ibadah seperti solat, zikir, dan lain-lain.
  3. Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
  4. Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
  5. Saraf yang tersumbat.
  6. Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya.

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA
Air Terapi Al-Quran (Khusus untuk penyakit jasmani & rohani), Air zamzam (penawar segala penyakit),Sabun Bidara plus Mambo (untuk penyakit luaran & gatal-gatal serta sihir), Mahkota Dewa (khusus untuk darah tinggi, kencing manis, ghout dll).

TESTIMONI

" Badan saya selalu sakit dan lemah, untuk membuat kerja habis sakit keseluruhan anggota badan. Tidur saya tidak puas kerana sering terganggu mimpi yang buruk. Saya telah berubat banyak tempat tapi keadaan saya tetap macam tu jugak. Satu hari kawan saya memperkenalkan saya dengan Ustaz Roslan. Sudah 10 tahun saya menderita sakit. Dengan izin Allah saya bertemu dengan Ustaz Roslan dan berikhtiar untuk berubat dengannya, Alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa 7 hari penderitaan sakit yang saya hadapi bersangkutan dengan saka telah hilang. Dengan usaha Ustaz Roslan telah membuang saka yang ada pada saya itu, alhamdulillah kesakitan yang tanggung itu telah hilang... syukur alhamdulillah ".

Pn. Sama'iah binti Bain 73 thn, dari Batu 2 1/2 Bukit Merah Perak.

" Saya menderita sakit sudah 2 tahun, badan dari besar sampai kurus, badan menggeletar, makan tak lalu, tidur susah sangat pada waktu malam, badan sentiasa panas. Hanya Allah saja yang tahu penderitaan saya. Pergi jumpa dengan doktor dan doktor mengatakan yang saya ni sihat dan tidak sakit apa-apa. Akhirnya saya mencari rawatan tradisional, dan saya mendapat tahu tentang Ustaz Roslan. Apa yang dilihat oleh Ustaz Roslan menyatakan yang saya terkena santau angin. Dengan izin Allah saya berusaha untuk berikhtiar dengan Ustaz Roslan untuk membuang santau tersebut. Saya amat terkejut bila melihat muntah saya itu mengandungi bahan-bahan yang beracun seperti serpihan kaca halus dan banyak lagi bahan-bahan lain. Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang sudah hampir 6 bulan saya tidak lagi sakit dan badan bertambah sihat. Terima kasih Ustaz Roslan dengan izin Allah dan bantuan usaha Ustaz Roslan saya sudah beransur pulih.. Alhamdulillah.

Muhammad Nasrullah bin Saarian 20 thn, dari Kamunting Perak.