Sunday 10 April 2011

Pengalaman yang amat sukar dilupakan ketika membuang saka

Di sini ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua tentang pengalaman saya membuang saka.
Kejadian ini berlaku pada tahun 2005 di sebuah kampung. Kebetulan pada waktu itu saya berada di kampung tersebut kerana ada satu urusan. Secara tidak langsung saya menziarahi kawan saya di sana, pada waktu itu ada satu keluarga yang berhampiran dengan rumah kawan saya menghadapi satu masalah.
Masalah mereka ialah ibu mereka sakit terlantar sudah dua minggu, kalau dilihat dari bentuk fizikal hanya tinggal kulit dan tulang sahaja tetapi bila makan cukup kuat. Dia hanya mahukan nasi dengan seekor ayam panggang setiap kali waktu makan. Bila tidak diberi pasti dia akan meraung dan menjerit-jerit.
Maka kawan saya memberitahu kepada saya apa yang terjadi. Apabila keluarga sipesakit tahu saya ada di situ maka mereka meminta agar saya cuba tolong ikhtiarkan. InsyaAllah saya akan mencuba.
Apabila saya melihat keadaan ibu yang sakit itu.....masyaAllah saya terkejut besar, memang benar apa yang diceritakan oleh kawan saya pada saya. Betul-betul hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Bila si ibu yang terlantar itu melihat saya, dia terus marah-marah dan menyuruh anaknya menghalau saya dari situ.
Dengan izin Allah saya cuba berikhtiar dan berusaha memohon kepada Allah agar diberikan kemudahan kepada saya untuk merawat ibu yang sakit itu. Alangkah terkejutnya saya dan keluarga serta orang-orang yang ada di situ melihat keadaan ibu yang sakit itu. Setelah saya membaca ayat-ayat al-Quran ibu itu mengelupur serta menjerit-jerit selama beberapa minit dan dengan kehendak Allah swt ibu itu telah menghembuskan nafasnya terakhir... tetapi alangkah terkejutnya kami semua bila jenazah si ibu tadi tiba-tiba berbau busuk dan berulat.
Bila saya mengamatinya ternyata ibu ini sudah meninggal lebih seminggu. Rupa-rupanya jasad si ibu tadi telah didiami oleh saka (makhluk halus). Maka jenazah ibu itu telah selamat disempurnakan oleh penduduk kampung di situ dengan sempurna.
Inilah pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Dari peristiwa itu saya ingin berpesan kepada para pembaca semua, sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai saka, maka jangan dibiarkan saka mengawal perjalanan hidup kita.
Berusahalah untuk membuangnya. Saya terpaksa merahsiakan dimana kampung yang maksudkan tadi. Cuma kita boleh jadikan pengalaman saya ini dapat memberi satu pengajaran kepada kita semua. Banyak lagi pengalaman - pengalaman saya yang akan saya ceritakan lagi. INSYAALLAH.

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA

AIR TERAPI AL-QURAN, AIR ZAMZAM, SABUN BIDARA & MAHKOTA DEWA
Air Terapi Al-Quran (Khusus untuk penyakit jasmani & rohani), Air zamzam (penawar segala penyakit),Sabun Bidara plus Mambo (untuk penyakit luaran & gatal-gatal serta sihir), Mahkota Dewa (khusus untuk darah tinggi, kencing manis, ghout dll).

TESTIMONI

" Badan saya selalu sakit dan lemah, untuk membuat kerja habis sakit keseluruhan anggota badan. Tidur saya tidak puas kerana sering terganggu mimpi yang buruk. Saya telah berubat banyak tempat tapi keadaan saya tetap macam tu jugak. Satu hari kawan saya memperkenalkan saya dengan Ustaz Roslan. Sudah 10 tahun saya menderita sakit. Dengan izin Allah saya bertemu dengan Ustaz Roslan dan berikhtiar untuk berubat dengannya, Alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa 7 hari penderitaan sakit yang saya hadapi bersangkutan dengan saka telah hilang. Dengan usaha Ustaz Roslan telah membuang saka yang ada pada saya itu, alhamdulillah kesakitan yang tanggung itu telah hilang... syukur alhamdulillah ".

Pn. Sama'iah binti Bain 73 thn, dari Batu 2 1/2 Bukit Merah Perak.

" Saya menderita sakit sudah 2 tahun, badan dari besar sampai kurus, badan menggeletar, makan tak lalu, tidur susah sangat pada waktu malam, badan sentiasa panas. Hanya Allah saja yang tahu penderitaan saya. Pergi jumpa dengan doktor dan doktor mengatakan yang saya ni sihat dan tidak sakit apa-apa. Akhirnya saya mencari rawatan tradisional, dan saya mendapat tahu tentang Ustaz Roslan. Apa yang dilihat oleh Ustaz Roslan menyatakan yang saya terkena santau angin. Dengan izin Allah saya berusaha untuk berikhtiar dengan Ustaz Roslan untuk membuang santau tersebut. Saya amat terkejut bila melihat muntah saya itu mengandungi bahan-bahan yang beracun seperti serpihan kaca halus dan banyak lagi bahan-bahan lain. Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang sudah hampir 6 bulan saya tidak lagi sakit dan badan bertambah sihat. Terima kasih Ustaz Roslan dengan izin Allah dan bantuan usaha Ustaz Roslan saya sudah beransur pulih.. Alhamdulillah.

Muhammad Nasrullah bin Saarian 20 thn, dari Kamunting Perak.